Wednesday, December 25, 2013

Hati

Posted by sang perempuan at 12/25/2013
Bila cakap atau sentuh pasal hati, banyak dan besar sangat ceritanya. Pernah tak kadang-kadang korang rasa tak tahu dan mengerti apa yang hati korang nak.Aku?Tipulah kalau aku cakap tak pernah.Aku rasa bila dah sampai tahap melibatkan hati ni, sensitif oi.Korang pun pernah dengar kan ayat "ikut hati mati",haa silap-silap memang boleh buat mati, mana taknya, kalau kena sakit barah hati silap-silap meninggal tau.Ok,itu dah kira mengarut.Jom patah balik ke jalan yang lurus.

Kadang-kadang hati menangis entah apa hala tuju, menjerit marah dan kekadang tu meronta-ronta.Sebenarnya sebab benda kecil je pun.Tapi bila dah tersentuh di hati, terluka la dia.Bila dah kena macam ni,payah la sikit ubatnya nak pulihkan.So kalau hati yang terluka tu milik si perempuan pepandailah si lelaki pujuk ye.Tapi bagi yang dah kahwin tu lagilah ada bonus lebih tuk cara pujuk.Ok, yang tu aku tak nak ulas lebih.Si suami semua pakar-pakar belaka kan, pepandai la engkorang ek.Macam tu jugalah kalau sebaliknya.Aku rasa dalam bab ni memasing pun perlu memainkan peranan okess..

Tapi ada juga hati yang gembira.Alhamdulillah.Semua orang pun nak yang macam ni.Termasuklah aku tu.Yelaaa,siapa yang nak kan kalau hati sakit,pedih tau..

Ok,x kisahlah hati sedih ke,happy kee,yang penting pepandailah jaga hati memasing ekk.Ingat...hati yang sentiasa ada senyum engkorang pun akan rasa bahagia selalu.InsyaAllah.

"Orang kata kalau kita nak hati kita selalu dijaga, kitalah yang kene jaga hati orang dulu..macam dedulu mak aku selalu pesan,jangan sakitkan hati orang,nnt hati hang sendiri yang sakit.kan parahh..baik mak..."

0 comments on "Hati"

 

Sang Perempuan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal