Saturday, December 14, 2013

Sedar Kesilapan Diri Sendiri x Susah Maner..

Posted by sang perempuan at 12/14/2013
Assalamualaikum..

Perkara pertama yang saya sering buat setiap kali bangun dari tidur, adalah melihat muka en hubby kemudian diikuti muka si anak kecil..lepas da makesure semua ok n tenang je tgk muka org kesayangan, kembali baring-baring semula di atas katil.Jam masih awal.mmg setiap hari sengaja aku mengunci jam awal, supaya x terlewat n sempat lg baring-baring n berpkir-pkir di atas katil..Saya bukan orang yang jenis suka buang masa. Jadi, waktu macam ni. Biasanya saya gunakan untuk berfikir. Bukan berpikir apa yg hendak dilakukan pada hari itu, tapi....tentang hari semalam..

Yea!!berpikir semula apa rasenyer yang diri ini telah buat pada keluarga tersayang, teman-teman n paling penting apa yang telah saya lakukan pada hidup saya semalam..

Yea!!cuba ingt balik kot2 ada sakitkan hati sapa-sapa.kawan-kawan or myfamily..sbb bila kiter ingat n pikirkan semula pe yg kiter da lakukan, sekurang-kurangnyer kiter sedar akan diri ini.

Kita pun manusia biasa kan, so kdang-kdang n mmg kiter susah untuk lari daripada melakukan kesilapan walaupun kiter cb tok jd yang terbaik..

Pesanan mak yang slalu aku ingat, walaupun kiter ni rambut sama hitam, kulit sama jenis tp hati masing-masing kita tak tau..n mmg susah tok kita puaskan hati orang walaupun sesuatu benda tu nampk macam da ok n baik sangat di mata kita..

Kita ni hidup bukannyer lama, so mak ckp ringan-ringankanla mulut tok maafkan orang.biarlah walau bukan salah kita or memang salah kita so maafkan orang. Maafkan orang yang kekadang tersakitkan or memamg ada sakitkan hati kita n doakan supaya lebih ramai orang yang sayangkan kita n sayangkan orang yang sakitkan hati kita.kita kan saudara sesama islam.klau kita mendoakan saudara kita, saudara kita pun akan mendoakan kita juga kan.

Mula-mula tu mmg susah rasa nak terima n maafkan orang sebab tak semua adalah salah kita, tp bila ingat pesan mak, rasa sejuk diri ini untuk dipraktikkan.

So sekarang ini saya buat macam itu.x payah nak susahkan hidup yang kadang memang susah bila tiba masanyer. Bila masalah itu datangnya bukan sebab siapa-siapa, saya cuba cakap dalam hati “dugaan lah ni. oklah.”. Kalau problem tu datang daripada seseorang, saya cakap dalam hati macam ni “buatlah apa kamu nak buat. Aku ikut je rentak kamu selagi boleh, aku terima kamu dengan ikhlas”.

Then bila nk kuar umah, saya akan cuba jadikan hari itu adalah hari yang terbaik tok family n kawan-kawan walaupun kita x tau pe yang akan jd pada hari tersebut. orang kata bila niat kita bersih, insyaALLAH bersihlah segala pe yang kita buat..

Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155

0 comments on "Sedar Kesilapan Diri Sendiri x Susah Maner.."

 

Sang Perempuan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal