Anakku dengarlah ibumu bermadah sebagai nasihat untukmu semasa hayat masih di badan sebelum ibu memejamkan mata sebagai ingatanku dan kenanganmu
Anakku yang tercinta
Jika kamu alim jadilah obor kepada semesta
Jika kamu jahil bernaunglah di bawah cahaya.
Jika kamu kaya jadilah bank kepada masyarakat
Jika kamu miskin berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu hindarlah dari meminta-minta
supaya terpelihara keizzahanmu
biarlah kamu miskin dengan Tuhanmu
kaya dengan manusia
Jika kau saudagar
jauhilah riba betulkan timbangan
berbuat adillah dalam berjual bell
jika kamu perlu mintalah kepada Tuhanmu agar manusia tidak menghinamu
Jika pemimpin jadilah payung kepada umatnya
rendahkan sayapmu jika kamu dipimpin
serahkanlah kepada kebijaksanaan ketuamu
Jika kamu pejuang
banyakkan mengingati Tuhanmu hadapilah musuh
jangan melampaui batasan-batasannya.
Tuhan kasih padamu
kasih Tuhan itu lebih dari kasih seorang ibu kepada anaknya
Sesungguhnyer, kelahiranmu didunia ini adalah satu hadiah yang sungguh BERHARGA dan TAK TERNILAI buat kami..Alhamdulillah..
0 comments on "Untukmu wahai ANAK.."
Post a Comment