Saturday, January 4, 2014

Ketakutan Yang Sia Sia

Posted by sang perempuan at 1/04/2014
Lately entah kenapa hati sangat tidak karuan. Terlalu banyak bisikan bisikan syaiton barangkali yang sering menakut takutkan diri yang lemah ini. Barangkali juga atas sebab ketidakkesihatan diri yang semakin terjejas.

Cuba untuk gagahkan diri agar makin pulih sepenuhnya.

...dah, bila hati sudah terikut tidak sedap, mulalah berfikir yang tidak enak enak. Mulalah hati semacam tidak berpegang pada yang tuhan sentiasa ada kat sisi. Besar sangat bisikan hasutan syaitonnirrojim itu. Ya Allah, lemahnya aku. Maafkan hamba yang hina ini.

Bila dah ada perasaan ketakutan yang sia sia itu, semua yang aku buat pun jadi sia sia lah. Mana takknya, kalau selalu telefon mak dua hari sekali pon dah ok, klau tak call pun, berbalas mesej bagai. Tapi sebab perasaan yang sia sia ini, sehari sampaikan dua tiga kali menelefon mak. Bertanyakan yang entah apa apa. Padahal tadi sudah menelefon dan bertanyakan benda yang sama kot. Bila dah macam itu, mak faham sangat lah yang anakknya memang sungguh dan sangat tidak sihat.

Tengok, betapa mak perasan akan perubahan anak sendiri barangkali.


...dan
wahai hati, tenanglah kamu dengan zikir zikir di bibir. Tuhan kan sentiasa ada kat sisi.

0 comments on "Ketakutan Yang Sia Sia"

 

Sang Perempuan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal