Sunday, January 5, 2014

Zuriat

Posted by Unknown at 1/05/2014 0 comments
Masa ini, waktu ini, saat ini, ibu terpanggil untuk menulis tentang kewujudanmu. Bukan snegaja, tapi angan angan dan harapan hati ibu agar bila besar nanti kamu mengerti semua kata-kata dari seketul hati ibu yang pdenuh dengan impian ini.

Sayang,

Sesungguhnya setiap ibu, mama, umi mak semua itu ada impian tuk memiliki anak yang secomel dan sekacak bidadari, sehebat dan sebijak ahli ulama terkemuka, soleh solehah yang boleh memandikan jenazah dan mendoakan mereka di pusara nanti. Tengok, besar bukan harapan itu nak. Ya Allah betapa aku berharap pada zuriat yang sebegitu.

Janji Allah itu pasti anak. Kamu melalui terlalu banyak pengalaman yang istimewa sehinggalah kamu dipertemukan dengan ibu.

Di alam rahim, ibu membelai dan mejagamu dengan seeloknya. Kemana saja ibu sentiasa gembira mendukungmu. Tidak pernah sedikit pun rasanya hati ini untuk merungut, menangis, mengeluh. Dari hari ke hari ibu menunggu kedatanganmu. Alhamdulillah seperti janji tuhan kamu keluar temui ibu. Sayu hati tak terkata pertama kali kamu di dakapan ibu. Hilang segala sakit perit bila ibu menatap wajah mulusmu. Sungguh anak, suci betul bau haruman kamu. Bauan syurga barangkali. Terlalu sukar untuk ibu tafsirkan.

Anak,

Kamu tau tak, pertama kali melihatmu jugalah ibu merasa akut di hati. Bukan sebab ibu tidak bersyukur  akan kehadiranmu, tapi terlalu banyak cerita cerita yang kamu perlu diterokai di ala mini. Ya nak, alam dunia. Alam ketiga yang tuhan janjikan pada kamu. Alam yang penuh dengan perit pedih, godaan cubaan dan penipuan penyesatan, juga alam yang kamu akan rasa adanya sayang dan cinta.

Kini kamu semakin membesar nak dan janji ibu itu pasti ada. Tekad hati seorang ibu untuk mejaga dan membimbingmu seelok baik.. Tidak akan mahu ada sedikit cacat celanya pun dalam menjagamu. Ibu tekad, ibu kuat dan ibu tabah untuk zuriat yang telah diamanahkan ini. Besar sungguh tanggungjawabnya.

Dengarlah sayang, sekecil mana hati ibu itu, dia Cuma mau pupuk sebanyak mungkin perkara yang terbaik untuk kamu. Kadang kadang biarlah sampai hatinya terluka tapi bukan untuk kamu yg tercalar. Tengok lah, kalau seketul nyamuk sentuh kamu pun, bukan main marahnya lagi sampai seminggu sehinggalah kesan gigitan itu hilang. Sangguh berlapar untuk mengenyangkan perut kamu. Ya Allah, besar bukan pengorbanan itu.

Anak,

Janji ibu pasti yang terbaik untuk kamu. Sakit kamu sakit ibu. Sedih kamu sedih ibu. Gembira kamu gembira ibu dan bahagian kamu bahagialah ibu sayang.

Saturday, January 4, 2014

Ketakutan Yang Sia Sia

Posted by Unknown at 1/04/2014 0 comments
Lately entah kenapa hati sangat tidak karuan. Terlalu banyak bisikan bisikan syaiton barangkali yang sering menakut takutkan diri yang lemah ini. Barangkali juga atas sebab ketidakkesihatan diri yang semakin terjejas.

Cuba untuk gagahkan diri agar makin pulih sepenuhnya.

...dah, bila hati sudah terikut tidak sedap, mulalah berfikir yang tidak enak enak. Mulalah hati semacam tidak berpegang pada yang tuhan sentiasa ada kat sisi. Besar sangat bisikan hasutan syaitonnirrojim itu. Ya Allah, lemahnya aku. Maafkan hamba yang hina ini.

Bila dah ada perasaan ketakutan yang sia sia itu, semua yang aku buat pun jadi sia sia lah. Mana takknya, kalau selalu telefon mak dua hari sekali pon dah ok, klau tak call pun, berbalas mesej bagai. Tapi sebab perasaan yang sia sia ini, sehari sampaikan dua tiga kali menelefon mak. Bertanyakan yang entah apa apa. Padahal tadi sudah menelefon dan bertanyakan benda yang sama kot. Bila dah macam itu, mak faham sangat lah yang anakknya memang sungguh dan sangat tidak sihat.

Tengok, betapa mak perasan akan perubahan anak sendiri barangkali.


...dan
wahai hati, tenanglah kamu dengan zikir zikir di bibir. Tuhan kan sentiasa ada kat sisi.

Friday, January 3, 2014

Tuhan Sayang Aku

Posted by Unknown at 1/03/2014 0 comments
2014.

Selamat Tahun Baru.

Masih sempat kan rasanya nak berucap ucap bagai.

Sebab today pun is my 1st day bekerja di tahun 2014 ini.

...Dan dengan badan dan kesihatan yang sangat tidak sihat, aku gagahkan juga dan menjadi PA ganti juga.

Tidak banyak yang ku mohon tuhan, kau sembuhkanlah aku. Demi untuk orang orang kesayangan di sekeliling.



“Ya Allah, tuhan kepada manusia, hilangkanlah kesakitan dan sembuhkanlah. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhan daripada engkau yang Maha Pengampun.”

Tuesday, December 31, 2013

Kisah Sang Perempuan

Posted by Unknown at 12/31/2013 0 comments

Alhamdulillah tanggal 31 Disember tahun 2013 telah cuba untuk menamatkan riwayatnya. Bukan untuk aku saja, tapi untuk semua. So 2013. Terlalu banyak perasaan rasa hati yang ada. Manis pahit pedih gembira tangis, SEMUANYA. 

Untuk kali ini, aku tak berniat langsung hendak tulis apa maksud disebalik semua perasaan yang pernah wujud untuk tahun 2013 itu, aku cuma berharap untuk simpan dalam arkib yang kekal abadi dan mungkin sampai satu tahap dan tahunnya nanti pasti perlu dimusnahkan. FINISH.

Untuk kenangan kenangan itu, biarkan ia. Sampai satu tahap manusia dan waktu akan faham semuanya. Untuk hati, jika tahun dan hari ini kamu sangat terluka, sabarlah. Itu sebab Allah sayangkan kamu. Dia nak kamu sentiasa ingat dan kekal dengannya. HATI MANUSIA KAN ALLAH YANG JAGA.



2013
Terima kasih untuk segalanya
Sungguh kamu takkan ada untuk kali yang lain
PASTI
Untuk perasaan yang pernah ada, biarkan ia
Buang untuk semua kesedihan kesakitan
Tapi,
Kekalkan semua keseronokan kegembiraan.
Kuatlah hati
Kuatlah diri
Kekuatan kau, kekuatan untuk semua orang orang yang kau sayang
Kuatlah kamu untuk semua



NurImanAqashah

Posted by Unknown at 12/31/2013 0 comments
30 ‘Dec 13

Iman : Ibu penat? 

Ibu : Penat sikit, kenapa?

Iman : Ibu nak masak tak? Iman lapar nak makan ibu masak

Ibu : Ok, ibu masak tapi Iman jangan ganggu ibu kat dapur ye, Iman pergi baca buku kat depan.

Iman : Ok, ibu masak banyak banyak tau, nanti Iman nak makan banyak banyak. Ibu hebat. Ibu terer masak.

*senyum, dalam hati terima kasih anak. Ibu akan buat apa saja untuk kamu
 

Sang Perempuan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal