Tuesday, January 7, 2014

Sempurna

Posted by Unknown at 1/07/2014 0 comments



Hey kau!
Kalau kau rasa kau sempurna
Kau manusia paling kasihan


Kalau kau rasa kau sempurna
Kau manusia yang paling malang


Kalau kau rasa kau sempurna
Kau manusia yang paling sedih


Kalau kau rasa kau sempurna
Kau manusia yang paling bangsat


Hey kau!
Sungguh. Kau tak layak dikitpun untuk itu
Kau tahun kesempurnaan itu milik siapa
Milik DIA.


 “Bila kau mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui”

Monday, January 6, 2014

Yang Jauh

Posted by Unknown at 1/06/2014 0 comments
Lebih enak diulit mimpi dari diulit sang puaka yang hodoh

Sungguh

Betapa hati rindu pada yang jauh

Sayup malam angin, dingin rasanya

Sunday, January 5, 2014

Zuriat

Posted by Unknown at 1/05/2014 0 comments
Masa ini, waktu ini, saat ini, ibu terpanggil untuk menulis tentang kewujudanmu. Bukan snegaja, tapi angan angan dan harapan hati ibu agar bila besar nanti kamu mengerti semua kata-kata dari seketul hati ibu yang pdenuh dengan impian ini.

Sayang,

Sesungguhnya setiap ibu, mama, umi mak semua itu ada impian tuk memiliki anak yang secomel dan sekacak bidadari, sehebat dan sebijak ahli ulama terkemuka, soleh solehah yang boleh memandikan jenazah dan mendoakan mereka di pusara nanti. Tengok, besar bukan harapan itu nak. Ya Allah betapa aku berharap pada zuriat yang sebegitu.

Janji Allah itu pasti anak. Kamu melalui terlalu banyak pengalaman yang istimewa sehinggalah kamu dipertemukan dengan ibu.

Di alam rahim, ibu membelai dan mejagamu dengan seeloknya. Kemana saja ibu sentiasa gembira mendukungmu. Tidak pernah sedikit pun rasanya hati ini untuk merungut, menangis, mengeluh. Dari hari ke hari ibu menunggu kedatanganmu. Alhamdulillah seperti janji tuhan kamu keluar temui ibu. Sayu hati tak terkata pertama kali kamu di dakapan ibu. Hilang segala sakit perit bila ibu menatap wajah mulusmu. Sungguh anak, suci betul bau haruman kamu. Bauan syurga barangkali. Terlalu sukar untuk ibu tafsirkan.

Anak,

Kamu tau tak, pertama kali melihatmu jugalah ibu merasa akut di hati. Bukan sebab ibu tidak bersyukur  akan kehadiranmu, tapi terlalu banyak cerita cerita yang kamu perlu diterokai di ala mini. Ya nak, alam dunia. Alam ketiga yang tuhan janjikan pada kamu. Alam yang penuh dengan perit pedih, godaan cubaan dan penipuan penyesatan, juga alam yang kamu akan rasa adanya sayang dan cinta.

Kini kamu semakin membesar nak dan janji ibu itu pasti ada. Tekad hati seorang ibu untuk mejaga dan membimbingmu seelok baik.. Tidak akan mahu ada sedikit cacat celanya pun dalam menjagamu. Ibu tekad, ibu kuat dan ibu tabah untuk zuriat yang telah diamanahkan ini. Besar sungguh tanggungjawabnya.

Dengarlah sayang, sekecil mana hati ibu itu, dia Cuma mau pupuk sebanyak mungkin perkara yang terbaik untuk kamu. Kadang kadang biarlah sampai hatinya terluka tapi bukan untuk kamu yg tercalar. Tengok lah, kalau seketul nyamuk sentuh kamu pun, bukan main marahnya lagi sampai seminggu sehinggalah kesan gigitan itu hilang. Sangguh berlapar untuk mengenyangkan perut kamu. Ya Allah, besar bukan pengorbanan itu.

Anak,

Janji ibu pasti yang terbaik untuk kamu. Sakit kamu sakit ibu. Sedih kamu sedih ibu. Gembira kamu gembira ibu dan bahagian kamu bahagialah ibu sayang.

Saturday, January 4, 2014

Ketakutan Yang Sia Sia

Posted by Unknown at 1/04/2014 0 comments
Lately entah kenapa hati sangat tidak karuan. Terlalu banyak bisikan bisikan syaiton barangkali yang sering menakut takutkan diri yang lemah ini. Barangkali juga atas sebab ketidakkesihatan diri yang semakin terjejas.

Cuba untuk gagahkan diri agar makin pulih sepenuhnya.

...dah, bila hati sudah terikut tidak sedap, mulalah berfikir yang tidak enak enak. Mulalah hati semacam tidak berpegang pada yang tuhan sentiasa ada kat sisi. Besar sangat bisikan hasutan syaitonnirrojim itu. Ya Allah, lemahnya aku. Maafkan hamba yang hina ini.

Bila dah ada perasaan ketakutan yang sia sia itu, semua yang aku buat pun jadi sia sia lah. Mana takknya, kalau selalu telefon mak dua hari sekali pon dah ok, klau tak call pun, berbalas mesej bagai. Tapi sebab perasaan yang sia sia ini, sehari sampaikan dua tiga kali menelefon mak. Bertanyakan yang entah apa apa. Padahal tadi sudah menelefon dan bertanyakan benda yang sama kot. Bila dah macam itu, mak faham sangat lah yang anakknya memang sungguh dan sangat tidak sihat.

Tengok, betapa mak perasan akan perubahan anak sendiri barangkali.


...dan
wahai hati, tenanglah kamu dengan zikir zikir di bibir. Tuhan kan sentiasa ada kat sisi.

Friday, January 3, 2014

Tuhan Sayang Aku

Posted by Unknown at 1/03/2014 0 comments
2014.

Selamat Tahun Baru.

Masih sempat kan rasanya nak berucap ucap bagai.

Sebab today pun is my 1st day bekerja di tahun 2014 ini.

...Dan dengan badan dan kesihatan yang sangat tidak sihat, aku gagahkan juga dan menjadi PA ganti juga.

Tidak banyak yang ku mohon tuhan, kau sembuhkanlah aku. Demi untuk orang orang kesayangan di sekeliling.



“Ya Allah, tuhan kepada manusia, hilangkanlah kesakitan dan sembuhkanlah. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan dengan kesembuhan daripada engkau yang Maha Pengampun.”
 

Sang Perempuan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal