Monday, January 27, 2014

Tak Termampu

Posted by Unknown at 1/27/2014 0 comments


Kalau hari ini memang bahagia
Sungguh sangat berharap agar hari esok akan lebih bahagia 

Tapi
Siapa kita untuk atur dan tetapkan itu semua

Betul
Kita rancang
Tapi sebaik baik perancangan adalah perancangan Dia 

Untuk setakat hari ini
Kita tahu kita siapa
Kita tahu apa yang kita ada
Kita tahu dimana kita

Tapi untuk esok?

Itu semua kerja tuhan
Takkan termampu untuk kita mimpikan

Saturday, January 11, 2014

Tak Terluah IV

Posted by Unknown at 1/11/2014 0 comments


Diam itu Pintar

Sabar itu Indah


; )

Friday, January 10, 2014

Mistakes

Posted by Unknown at 1/10/2014 0 comments


Terlalu jauh semuanya dengan aku. Tidak pernah ada sikit pun yang sempurna. Begitu sempurna apatah lagi.

Memang.
Sempurna itu kan milik Allah.
Jadi memang tak lah kau akan jadi begitu sempurna kan.

Cuma.
Mungkin kau boleh memperbaiki apa yang telah kau lalui semua dan selama ini menjadi lebih baik dan sangat baik.
InsyaAllah.

Diam.
Tenung.Tenung dan terus tenung. 

Bisakah aku ubah semuanya untuk menjadi yang sangat baik? Menjadi yang lebih baik, mungkin? Adakah akan ada lagi kesempatan untuk aku lakukan itu semua?

Terlalu rindu hati dengan masa itu. Kalau semua boleh diputar dan dipatah balikkan, sungguh terlalu banyak untuk aku perbaiki. Yelah. Aku kan cuma insan kerdil malah lagi hina di sisiNya, mustahil kan tiada satu salah cacat celanya pun aku buat. Pasti ada. 

Kalau dulu ayah pernah rotan aku degan getah paip dan kalau boleh dipatah balikkan, mesti aku tak nak merajuk dengan ayah dan pergi kat mak. Ayah buat semua tu sebab ayah nak aku jadi anak dan orang yang baik yang selalu akan menyenangkan dan membahagiakan orang lain.

Dan.

Kalau dulu mak selalu suruh aku rajinkkan diri, tolong mak buat itu ini dan kalaulah boleh dipatah balikkan aku takkan sebut “alah” walau sikit pun. Berdosa kan aku. Semua tu sebab mak tahu aku akan jadi macam mak suatu hari nanti dan mungkin mak nak aku jaga keluarga yang akan aku ada macam sebaik dia. Rindunya kat mak.

Dan.

Kalau dulu cikgu selalu marah dan pesan belajar rerajin, mungkin sebab dia nak aku jadi orang yang berjaya sekarang. Semua tu ada jalan ceritanya. Sayunya hati.

Banyakknya perkara yang ingin aku patah balikkan. Tapi aku tau, semua tu takkan ada dan takkan boleh. Hey, lama mana pon kau berlari, banyak mana pun kau tidur, semua tu takkan boleh dipatah balikkan. 

Dan.Now.

Dengan masa dan sisa-sisa yang ada dan aku sendiri tak pasti sampai bila, aku cuba untuk perbaiki semua. Semuanya lah.Ah!terlalu banyak rasanya.
Moga ada kesempatan itu untuk aku tuhan.

“Im not a perfect person. I made a lot of mistakes, but I really appreciate those people who stay with me after knowing how I"

Thursday, January 9, 2014

Bersangka

Posted by Unknown at 1/09/2014 0 comments

;)

Tuesday, January 7, 2014

Sempurna

Posted by Unknown at 1/07/2014 0 comments



Hey kau!
Kalau kau rasa kau sempurna
Kau manusia paling kasihan


Kalau kau rasa kau sempurna
Kau manusia yang paling malang


Kalau kau rasa kau sempurna
Kau manusia yang paling sedih


Kalau kau rasa kau sempurna
Kau manusia yang paling bangsat


Hey kau!
Sungguh. Kau tak layak dikitpun untuk itu
Kau tahun kesempurnaan itu milik siapa
Milik DIA.


 “Bila kau mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui”

Monday, January 6, 2014

Yang Jauh

Posted by Unknown at 1/06/2014 0 comments
Lebih enak diulit mimpi dari diulit sang puaka yang hodoh

Sungguh

Betapa hati rindu pada yang jauh

Sayup malam angin, dingin rasanya

 

Sang Perempuan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal