Sunday, January 5, 2014

Zuriat

Posted by Unknown at 1/05/2014
Masa ini, waktu ini, saat ini, ibu terpanggil untuk menulis tentang kewujudanmu. Bukan snegaja, tapi angan angan dan harapan hati ibu agar bila besar nanti kamu mengerti semua kata-kata dari seketul hati ibu yang pdenuh dengan impian ini.

Sayang,

Sesungguhnya setiap ibu, mama, umi mak semua itu ada impian tuk memiliki anak yang secomel dan sekacak bidadari, sehebat dan sebijak ahli ulama terkemuka, soleh solehah yang boleh memandikan jenazah dan mendoakan mereka di pusara nanti. Tengok, besar bukan harapan itu nak. Ya Allah betapa aku berharap pada zuriat yang sebegitu.

Janji Allah itu pasti anak. Kamu melalui terlalu banyak pengalaman yang istimewa sehinggalah kamu dipertemukan dengan ibu.

Di alam rahim, ibu membelai dan mejagamu dengan seeloknya. Kemana saja ibu sentiasa gembira mendukungmu. Tidak pernah sedikit pun rasanya hati ini untuk merungut, menangis, mengeluh. Dari hari ke hari ibu menunggu kedatanganmu. Alhamdulillah seperti janji tuhan kamu keluar temui ibu. Sayu hati tak terkata pertama kali kamu di dakapan ibu. Hilang segala sakit perit bila ibu menatap wajah mulusmu. Sungguh anak, suci betul bau haruman kamu. Bauan syurga barangkali. Terlalu sukar untuk ibu tafsirkan.

Anak,

Kamu tau tak, pertama kali melihatmu jugalah ibu merasa akut di hati. Bukan sebab ibu tidak bersyukur  akan kehadiranmu, tapi terlalu banyak cerita cerita yang kamu perlu diterokai di ala mini. Ya nak, alam dunia. Alam ketiga yang tuhan janjikan pada kamu. Alam yang penuh dengan perit pedih, godaan cubaan dan penipuan penyesatan, juga alam yang kamu akan rasa adanya sayang dan cinta.

Kini kamu semakin membesar nak dan janji ibu itu pasti ada. Tekad hati seorang ibu untuk mejaga dan membimbingmu seelok baik.. Tidak akan mahu ada sedikit cacat celanya pun dalam menjagamu. Ibu tekad, ibu kuat dan ibu tabah untuk zuriat yang telah diamanahkan ini. Besar sungguh tanggungjawabnya.

Dengarlah sayang, sekecil mana hati ibu itu, dia Cuma mau pupuk sebanyak mungkin perkara yang terbaik untuk kamu. Kadang kadang biarlah sampai hatinya terluka tapi bukan untuk kamu yg tercalar. Tengok lah, kalau seketul nyamuk sentuh kamu pun, bukan main marahnya lagi sampai seminggu sehinggalah kesan gigitan itu hilang. Sangguh berlapar untuk mengenyangkan perut kamu. Ya Allah, besar bukan pengorbanan itu.

Anak,

Janji ibu pasti yang terbaik untuk kamu. Sakit kamu sakit ibu. Sedih kamu sedih ibu. Gembira kamu gembira ibu dan bahagian kamu bahagialah ibu sayang.

0 comments on "Zuriat"

 

Sang Perempuan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal