Sayang,
Sesungguhnya
setiap ibu, mama, umi mak semua itu ada impian tuk memiliki anak yang secomel
dan sekacak bidadari, sehebat dan sebijak ahli ulama terkemuka, soleh solehah
yang boleh memandikan jenazah dan mendoakan mereka di pusara nanti. Tengok,
besar bukan harapan itu nak. Ya Allah betapa aku berharap pada zuriat yang
sebegitu.
Janji
Allah itu pasti anak. Kamu melalui terlalu banyak pengalaman yang istimewa
sehinggalah kamu dipertemukan dengan ibu.
Di
alam rahim, ibu membelai dan mejagamu dengan seeloknya. Kemana saja ibu
sentiasa gembira mendukungmu. Tidak pernah sedikit pun rasanya hati ini untuk
merungut, menangis, mengeluh. Dari hari ke hari ibu menunggu kedatanganmu.
Alhamdulillah seperti janji tuhan kamu keluar temui ibu. Sayu hati tak terkata
pertama kali kamu di dakapan ibu. Hilang segala sakit perit bila ibu menatap
wajah mulusmu. Sungguh anak, suci betul bau haruman kamu. Bauan syurga
barangkali. Terlalu sukar untuk ibu tafsirkan.
Anak,
Kamu
tau tak, pertama kali melihatmu jugalah ibu merasa akut di hati. Bukan sebab
ibu tidak bersyukur akan kehadiranmu, tapi terlalu banyak cerita cerita
yang kamu perlu diterokai di ala mini. Ya nak, alam dunia. Alam ketiga yang
tuhan janjikan pada kamu. Alam yang penuh dengan perit pedih, godaan cubaan dan
penipuan penyesatan, juga alam yang kamu akan rasa adanya sayang dan cinta.
Kini
kamu semakin membesar nak dan janji ibu itu pasti ada. Tekad hati seorang ibu
untuk mejaga dan membimbingmu seelok baik.. Tidak akan mahu ada sedikit cacat
celanya pun dalam menjagamu. Ibu tekad, ibu kuat dan ibu tabah untuk zuriat
yang telah diamanahkan ini. Besar sungguh tanggungjawabnya.
Dengarlah
sayang, sekecil mana hati ibu itu, dia Cuma mau pupuk sebanyak mungkin perkara
yang terbaik untuk kamu. Kadang kadang biarlah sampai hatinya terluka tapi
bukan untuk kamu yg tercalar. Tengok lah, kalau seketul nyamuk sentuh kamu pun,
bukan main marahnya lagi sampai seminggu sehinggalah kesan gigitan itu hilang.
Sangguh berlapar untuk mengenyangkan perut kamu. Ya Allah, besar bukan pengorbanan
itu.
Anak,
Janji
ibu pasti yang terbaik untuk kamu. Sakit kamu sakit ibu. Sedih kamu sedih ibu.
Gembira kamu gembira ibu dan bahagian kamu bahagialah ibu sayang.
0 comments on "Zuriat"
Post a Comment