Thursday, December 26, 2013

Perkabaran Yang Tertunggak

Posted by Unknown at 12/26/2013
Alhamdulillah syukur masih disini seperti semalam, kelmarin dan yang lepas lepas. Masih ada yang sayang disisi dan berharap untuk selamanya aku ada untuk mereka dan mereka ada untuk aku.

Terlalu lama aku menanti seorang kawan yang mungkin sudah lupa benar dengan diri ini barangkali. Setiap hari, setiap saat, setiap waktu malah disetiap doa doa sujudku pun aku terlalu ingat akan kau. Mana perginya kau kawan. Terlalu banyak cerita cerita yang kurang enak masuk di cuping telingaku tentang kau, tapi semua itu aku letak dan buangkan jauh jauh dari diri ini kerna kuathir perasaan suci yang aku pupuk slama ini akan hilang dan busuk jadinya. Kalau benar kau sudah buang jauh2 persahabatan ini tapi aku takkan pernah terfikir begitu. Tidak jemu juga untuk aku menekan2 button huruf huruf anset untuk selalu mesej bertanya tentang perkabaran kau. Walaupon tidak akan pernah dan mustahil untuk mendapat balasan perkabaran itu, tapi aku puas kerna sekurang-kurangnya kau tahu yang aku takkan pernah lupakan kamu.

Sehingga satu hari, waktu yang tak terduga dalam pada kesibukan yang aku harungi, satu mesej yang aku terima dan ia adalah kau kawan. Sungguh aku seronok tak terhingga macam orang baru dapat pakwe baru. Dan dalam pada kesibukan itu aku tetap membalas akan perkabaran yang engkau tanyakan kerna aku tak mahu hati kau sedih atas perkabaran yang tidak terbalas. Aku tahu kau perlukan seorang kawan saat itu. Tapi mesej-mesej kau buat aku tertanya2 akan bagaimana dan kenapakah kau di saat itu. Sedih sungguh perkabarannya. Ya Allah sungguh aku tidak sangka akan kesenyapan kau selama ini dan sungguh kawan hati ini tidak pernah akan sesekali salahkan kau.

Aku tahu kau kuat. Kan kau pun tahu Allah pilih kita tuk terima dugaan ini kerna Dia tahu kita mampu dan kuat untuk harungi, dan setiap yang jadi itu pasti ada hikmahnya yang tersorok. Janji tuhan itu pasti kawan. Sungguh, aku ada untuk kau selamanya yang akan sudi mendengar untuk setiap cerita dan ledakan hati kau.


 "Kawan, adalah mereka yang tetap ada walau seluruh dunia berkata kau tak lagi berharga"


0 comments on "Perkabaran Yang Tertunggak"

 

Sang Perempuan Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal