Terlalu
lama aku menanti seorang kawan yang mungkin sudah lupa benar dengan diri ini
barangkali. Setiap hari, setiap saat, setiap waktu malah disetiap doa doa
sujudku pun aku terlalu ingat akan kau. Mana perginya kau kawan. Terlalu banyak
cerita cerita yang kurang enak masuk di cuping telingaku tentang kau, tapi
semua itu aku letak dan buangkan jauh jauh dari diri ini kerna kuathir perasaan
suci yang aku pupuk slama ini akan hilang dan busuk jadinya. Kalau benar kau
sudah buang jauh2 persahabatan ini tapi aku takkan pernah terfikir begitu.
Tidak jemu juga untuk aku menekan2 button huruf huruf anset untuk selalu mesej
bertanya tentang perkabaran kau. Walaupon tidak akan pernah dan mustahil untuk
mendapat balasan perkabaran itu, tapi aku puas kerna sekurang-kurangnya kau
tahu yang aku takkan pernah lupakan kamu.
Sehingga
satu hari, waktu yang tak terduga dalam pada kesibukan yang aku harungi, satu
mesej yang aku terima dan ia adalah kau kawan. Sungguh aku seronok tak
terhingga macam orang baru dapat pakwe baru. Dan dalam pada kesibukan itu aku
tetap membalas akan perkabaran yang engkau tanyakan kerna aku tak mahu hati kau
sedih atas perkabaran yang tidak terbalas. Aku tahu kau perlukan seorang kawan
saat itu. Tapi mesej-mesej kau buat aku tertanya2 akan bagaimana dan kenapakah
kau di saat itu. Sedih sungguh perkabarannya. Ya Allah sungguh aku tidak sangka
akan kesenyapan kau selama ini dan sungguh kawan hati ini tidak pernah akan
sesekali salahkan kau.
Aku
tahu kau kuat. Kan kau pun tahu Allah pilih kita tuk terima dugaan ini kerna
Dia tahu kita mampu dan kuat untuk harungi, dan setiap yang jadi itu pasti ada
hikmahnya yang tersorok. Janji tuhan itu pasti kawan. Sungguh, aku ada
untuk kau selamanya yang akan sudi mendengar untuk setiap cerita dan ledakan
hati kau.
"Kawan, adalah mereka yang tetap ada walau seluruh dunia berkata kau tak lagi berharga"
0 comments on "Perkabaran Yang Tertunggak"
Post a Comment